Pages

Sunday, January 22, 2012

Hujan

Hujan masih renyai-renyai. Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus sehingga terasa membelai tubuhku. Aku berjalan perlahan, menuju ke arah sebuah stall majalah yang berwarna biru di tepi kafe La Cuissine yang menyediakan makanan untuk orang yang benar-benar kelaparan sahaja. Hujan lebat tadi menyebabkan kawasan persekitaran basah dan kedinginannya membuatkan aku terasa seperti mengambil angin di Cameron Highland.

Aku berhenti betul-betul di hadapan stall majalah sambil berkira-kira untuk berlari menuju ke seberang jalan kerana Agus yang bermulut banyak itu sedang menunggu di sana. Zarina memandang aku, matanya yang juling air dikecikkan, seolah mahukan satu penyelesaian dari aku. Ingin berbasah, aku tidak kisah, tapi gadis ini pasti tidak mahu berlari berpegangan tangan denganku di dalam renyai-renyai hujan seperti babak Keanu Reeves & Charlize Theron dalam Sweet November.

Aku berpaling ke arah stall majalah berwarna biru itu, Zarina membontotiku. Aku perhatikan suratkhabar yang dijual di stall majalah berwarna biru itu, kesemuanya suratkhabar media arus perdana.

"Bukankah kau tahu mulut si Agus itu? Ini sempat pula nak membaca suratkhabar." Zarina menyuarakan kebimbangan. Aku ambil senaskah Utusan Melayu, sambil menghulurkan duit secukupnya kepada penjaga stall majalah berwarna biru itu. Aku membelek-belek suratkhabar tersebut, ku berikan sisipan hiburan kepada Zarina.

"Kau dah buang tabiat ke? Sejak bila kau baca Utusan Melayu? Macam lah aku tak tahu bla bla bla...bla bla...siap bagi aku pula...bla bla bla..." Zarina berleter.

"Memang aku tak baca, aku beli sebab nak buat tutup kepala." Jawabku sambil menutup bahagian kepalaku dengan suratkhabar tersebut dan terus melangkah ke arah Agus.

No comments:

Post a Comment