Pages

Thursday, January 19, 2012

Kereta Lipat

Lewat petang tadi, aku singgah ke sebuah gedung buku yang kurang popular di pinggir kota selepas pekena nasi ganja Jalan Ipoh. Aku bertemu Felix, kawanku yang sama-sama menuntut di kolej bersebelahan tasik hadhari lima tahun dulu.

"Hei kawan, sini apa bikin?". Tegur Felix.
"Cari buku la". Jawabku ringkas sambil melangkah dekat.
"Apa buku lu cari?". Tanya felix lagi seperti dia pula yang jadi jurujual.
"Buku yang tak perlu baca, rebus minum air sudah tau isi". Jawabku bersungguh. Mataku melirik-lirik buku yang ada di tangan Felix. Sekilas aku terbaca tajuknya "A women with million cows".
"Oh, itu buku wa pun cari. Wa dengar sana KLCC ada jual". Dia juga bersungguh. "Alang-alang lu cari, wa ikut lu la, boleh ka?. Sambungnya yang dari dulu terkenal dengan sikapnya yang tidak pernah makan nasi campur dengan harga melebihi RM3.
"Ok la, jom". Aku mempelawa Felix.

Aku kemudian menyeluk poket seluar dockers bundle yang aku beli sempena hari lahir ku yang lalu. Aku keluarkan sekeping lipatan yang berbentuk segi empat tepat. Ku buka satu persatu lipatannya, sehinggalah ia menjadi sebuah kereta.

"Sikalang manyak sinang ah, kereta sudah boleh lipat-lipat, jimat space". Kata Felix. Aku pasang lagu Ahmad Jais tanpa memperdulikan Felix di sebelah, dan fikiranku terus hanyut bersama bait-bait lirik lagu tersebut.

No comments:

Post a Comment