Pages

Friday, February 10, 2012

Role Model

Di Malaysia, golongan pelakon dan penghibur dijadikan sebagai role model....
Aku terfikir, adakah golongan pelakon dan penghibur ini semuanya mendapat 11A1 dalam SPM?

Thursday, February 9, 2012

Tamu Tuhan

Bila kita berbuat salah,
Maka kita akan takut kepada Tuhan....

Bila kita takut kepada Tuhan,
Maka kita akan memohon ampun dari Tuhan...

Bila kita memohon ampun dari Tuhan,
Maka kita akan ke tanah suci menjadi tetamu Tuhan...

Bila kita ke tanah suci menjadi tetamu Tuhan,
jangan lah sampai TIGA kali dalam dua bulan...itu bukan takut Tuhan, itu takut kepada rakyat namanya...he he he.....

Tuesday, February 7, 2012

Awek Bisu

Aku terjaga dari lamunan apabila keretapi ETS yang aku naiki berhenti di Tanjung Malim. Sedang aku mengesat saki baki air liur yang masih segar, ku lihat seorang wanita berskirt paras lutut, mengenakan bluas putih dan bercermin mata menuju ke arah tempat duduk di sebelah kiri aku. Aku betulkan kedudukan supaya beliau selesa.


Hatiku mula tidak keruan ketika dia memberi senyuman manis. Ingin berbual, tapi aku takut dia tak sudi atau pun dia bisu, nanti aku sendiri yang mendapat malu.

Keretapi mula meluncur bersama degupan jantungku yang tidak keruan. Kira-kira 15 minit membisu, aku beranikan diri menegur. Setelah kupastikan tiada air liur melekat di tepi bibir, aku berpaling.

"Saudari kelihatan cantik." Aku memulakan dengan pujian.

"Terima kasih." Balasnya sambil memberikan senyuman untuk kali yang kedua.

"Siapa nama saudari dan ke mana destinasi saudari?"

"Nama saya Suraya, saya ingin ke pusat kebajikan orang kurang upaya untuk memohon bantuan kerana saya seorang bisu." Wanita itu mula memberikan perhatian pada perbualan kami.

"Benarkah saudari bisu? Saya tidak pernah berbual dengan seorang yang bisu. Boleh saudari ceritakan bagaimana kisah hidup sebagai seorang bisu?"

"Boleh. Tapi saudara mesti temankan saya, kerana saya bisu dan tidak tahu berkomunikasi dengan pegawai kebajikan nanti".

"Baiklah." Jawab ku ringkas.

Sepanjang perjalanan selama 50 minit itu kami penuhi dengan berbual dan bergurau senda. Aku berasa sungguh bertuah kerana menjumpai seorang bisu yang peramah.