Pages

Wednesday, January 25, 2012

Orang Lidi

Sekumpulan orang kuning yang berkerja dengan digi sedang berehat di sebuah restoran masakan segera. Tiba-tiba, seorang orang lidi tidak berbaju melintas di hadapan mereka. Serta-merta sekumpulan orang kuning pun bergelak ketawa terbahak-bahak sehingga terguling-guling.

"Kenapa saudara-saudara ketawakan saya?." Tanya orang lidi yang tidak berbaju.

"Sebab kamu tidak sama macam kami, kamu kurus macam lidi." Jawab salah seorang daripada sekumpulan orang kuning tersebut sambil bergelak ketawa sehingga bercucuran air mata.



Mendengarkan jawapan itu, orang lidi melihat satu demi satu sekumpulan orang kuning tersebut. Dengan serta merta juga, orang lidi yang tidak berbaju pun bergelak ketawa terbahak-bahak sehingga terguling-guling.

"Kenapa saudara ketawakan kami?." Tanya salah seorang daripada sekumpulan orang kuning tersebut.

"Sebab kamu semuanya sama, kuning dan buncit." Jawab orang lidi yang tidak berbaju sambil bergelak ketawa sehingga bercucuran air mata.

Keh keh keh...

Tuesday, January 24, 2012

Kunci Hilang

Pagi tadi aku tergesa-gesa kerana terjaga lewat dan harus menjemput seseorang di stesen bas Putra. Selepas menggosok gigi dua kali depan, dua kali kiri dan dua kali kanan, aku kemudian bersiap ala kadar. Roti telur petang semalam terhidang di tepi katil aku cubit sedikit untuk mengalas perut. Air milo yang sudah berbuih masih sedap bila melalui tekak dan esofogus. Perutku lega sedikit, sudah ada alas.

Setelah selesai apa yang sepatutnya diselesaikan, aku berlari-lari anak ke pintu rumah yang masih tertutup kerana kesemua makhluk yang bernafas dalam rumah ini masih lagi pingsan meneguk air liur basi. Mungkin oleh kerana bunyi bising aku kesana kemari, maka Irwan yang tadi tidur dengan kaki sebelah di atas rak TV dan sebelah kaki di dalam akuarium membuka sebelah matanya, perit sekali wajahnya kulihat melakukan perkara itu.

"Lu cari apa ke hulu ke hilir?. Irwan bersuara serak-serak basah seperti panglima perang yang sudah hampir nazak.
"Kunci kereta" Jawabku tanpa memandangnya lagi. Aku ke dapur dan bilik air, memeriksa sehingga ke mangkuk tandas dan bawah pinggan kotor namun tidak juga kutemui kunci tersebut. Aku terkejut hampir pengsan bila tiba-tiba Irwan berdiri tercegat di pintu antara dapur dan ruang tamu dengan muka seperti Mak Lampir terkena sembelit.

"Apa lah susah-susah, Lu cari je lah kat google!". Tengkingnya yang pada ketika itu sungguh pahit raut wajahnya. Tanpa menjawab, aku bergegas ke depan komputer yang hanya terletak bersebelahan dengan mesin parut kelapa.

"Keteketeketektek..tek...tek....tek....tup..tak...". Aku kelam kabut menekan papan kekunci yang diperbuat dari kayu jenis meranti. Sepantas halilintar, carianku berhasil dan menemui kunci yang aku cari tadi. Ku pilih butang "download". Sebentar sahaja kunci sudah ada di tanganku.

Dengan hati riang, aku melangkah keluar sebelum ku lihat Irwan memasukkan semula sebelah kakinya ke dalam akuarium.

Monday, January 23, 2012

Kura-kura Dalam Perahu

Seekor kura-kura yang bernama Mohd Jamal Baharum sedang berehat di dalam sebuah perahu besar dan mewah.

Sunday, January 22, 2012

Hujan

Hujan masih renyai-renyai. Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus sehingga terasa membelai tubuhku. Aku berjalan perlahan, menuju ke arah sebuah stall majalah yang berwarna biru di tepi kafe La Cuissine yang menyediakan makanan untuk orang yang benar-benar kelaparan sahaja. Hujan lebat tadi menyebabkan kawasan persekitaran basah dan kedinginannya membuatkan aku terasa seperti mengambil angin di Cameron Highland.

Aku berhenti betul-betul di hadapan stall majalah sambil berkira-kira untuk berlari menuju ke seberang jalan kerana Agus yang bermulut banyak itu sedang menunggu di sana. Zarina memandang aku, matanya yang juling air dikecikkan, seolah mahukan satu penyelesaian dari aku. Ingin berbasah, aku tidak kisah, tapi gadis ini pasti tidak mahu berlari berpegangan tangan denganku di dalam renyai-renyai hujan seperti babak Keanu Reeves & Charlize Theron dalam Sweet November.

Aku berpaling ke arah stall majalah berwarna biru itu, Zarina membontotiku. Aku perhatikan suratkhabar yang dijual di stall majalah berwarna biru itu, kesemuanya suratkhabar media arus perdana.

"Bukankah kau tahu mulut si Agus itu? Ini sempat pula nak membaca suratkhabar." Zarina menyuarakan kebimbangan. Aku ambil senaskah Utusan Melayu, sambil menghulurkan duit secukupnya kepada penjaga stall majalah berwarna biru itu. Aku membelek-belek suratkhabar tersebut, ku berikan sisipan hiburan kepada Zarina.

"Kau dah buang tabiat ke? Sejak bila kau baca Utusan Melayu? Macam lah aku tak tahu bla bla bla...bla bla...siap bagi aku pula...bla bla bla..." Zarina berleter.

"Memang aku tak baca, aku beli sebab nak buat tutup kepala." Jawabku sambil menutup bahagian kepalaku dengan suratkhabar tersebut dan terus melangkah ke arah Agus.

Saturday, January 21, 2012

Oh! Patutlah...

Ketika Mentela'ah buku-buku perubatan dan anatomi manusia, aku temui sesuatu yang baru.

Urban Thug

Patutlah aku selalu jumpa spesis ini, berjalan pun lain macam.

Friday, January 20, 2012

Feminin

"Awek aku, semalam dia beli kasut berwarna pink untuk kali ke empat bulan ini." Kata Akmal pada suatu petang ketika pekena bihun sup Abu Samah. Tempat ini menjadi pusat kegiatan melabon kami setiap kali balik dari berkerja.

"Tunang aku merajuk pagi tadi sampai menangis sebab aku tak balas sms. Air matanya berwarna pink, feminin betul." Balas Zul sambil menghirup teh tarik gelas besar yang berbuih-buih. Tarmizi yang dari tadi hanya tersengih-sengih dengan menunjukkan giginya yang nampak bertaring tiba-tiba bersuara.

"Malam pertama aku dengan isteri, oleh sebab terlalu feminin, daranya berbentuk love."

uhm.........................

Sehingga hari ini aku masih lagi belum dapat membayangkan bagaimana rupanya dara yang berbantuk love.

Thursday, January 19, 2012

Kereta Lipat

Lewat petang tadi, aku singgah ke sebuah gedung buku yang kurang popular di pinggir kota selepas pekena nasi ganja Jalan Ipoh. Aku bertemu Felix, kawanku yang sama-sama menuntut di kolej bersebelahan tasik hadhari lima tahun dulu.

"Hei kawan, sini apa bikin?". Tegur Felix.
"Cari buku la". Jawabku ringkas sambil melangkah dekat.
"Apa buku lu cari?". Tanya felix lagi seperti dia pula yang jadi jurujual.
"Buku yang tak perlu baca, rebus minum air sudah tau isi". Jawabku bersungguh. Mataku melirik-lirik buku yang ada di tangan Felix. Sekilas aku terbaca tajuknya "A women with million cows".
"Oh, itu buku wa pun cari. Wa dengar sana KLCC ada jual". Dia juga bersungguh. "Alang-alang lu cari, wa ikut lu la, boleh ka?. Sambungnya yang dari dulu terkenal dengan sikapnya yang tidak pernah makan nasi campur dengan harga melebihi RM3.
"Ok la, jom". Aku mempelawa Felix.

Aku kemudian menyeluk poket seluar dockers bundle yang aku beli sempena hari lahir ku yang lalu. Aku keluarkan sekeping lipatan yang berbentuk segi empat tepat. Ku buka satu persatu lipatannya, sehinggalah ia menjadi sebuah kereta.

"Sikalang manyak sinang ah, kereta sudah boleh lipat-lipat, jimat space". Kata Felix. Aku pasang lagu Ahmad Jais tanpa memperdulikan Felix di sebelah, dan fikiranku terus hanyut bersama bait-bait lirik lagu tersebut.

Wednesday, January 18, 2012

Berapa Banyak Daa....

Kalau diikut-ikutkan ini boleh jadi blog yang ke -44 aku bukak. Kadang-kadang kasihan pula pada mereka yang tak sempat nak guna display name yang aku bazirkan itu. Tapi tak apa, mereka boleh memilih display name yang lebih canggih dan panjang-panjang, contohnya http://cilakahampehlakorangyangdukbazirkandisplayname.blogspot.com, baru lah tak ada orang boleh tiru. Kan.. Ha ha ha.

Peti Surat 69

Alamat lengkap dengan poskod aku pun sudah lupa...keh keh keh...